TOTAL LOCKDOWN GAGAL ?
MASALAH KITA HANYA SATU,
KERAJAAN GAGAL..!!
1- Hari ini Ismail Sabri mengumumkan sambungan "Total Lockdown" 2 minggu lagi Setelah hampir 2 Minggu gagal melandaikan kes, Kita masih gagal landaikan Kes dibawah 5 ribu kes.. Aku dah tulis , dengan mengharapkan kes dilandaikan dalam tempoh 14-21, Hanya berfantasi dengan penipuan Najib..
aku dah tulis jelas, tempoh itu kita hanya mampu melandaikan kepada paras 3-5 ribu kes, Dan tak mustahil ianya meningkat semula..
2- Gelombang baru ini terlalu besar untuk dilandaikan dengan cara yang sama seperti PKP 1, Ianya mustahil.. Tapi ramai yang terpesona dengan Pembohongan Najib sebagaimana idea memulihkan Ekonomi dengan pengeluaran(I-Sinar)duit sendiri dari KWSP.. Apa jadi ? Bencana Ekonomi masih berterusan.. Tapi keturunan Bangsawan Pahang yang berjasa kepada Industri Judi Kasino dan Arak ini memang tak pernah Insaf dengan Penipuan..
3- Najib cuba menyelamatkan Pembohongan dia, Dengan alasan paling tuntas " Ini Total Lockdown Separuh masak ".. Bukan hanya Najib, Ismail Sabri juga cuba menyelamatkan imej UMNO..Dan meletakkan kesalahan kepada Azmin dan MITI..
4- Manakala semalam, Menteri di JPM, Mohamed Redzuan pula menyalahkan Ismail Sabri dan Khairy Jamaluddin yang dikatakan gagal dalam prorgam vaksinasi, Kononnya dia sudah diketepikan dari NADMA dan MKN.. Hakikatnya dari PM, sehingga Menterinya semua Gagal.. masing masing cuba menyelamatkan diri sendiri..Ini memang Kerajaan yang gagal..
5- Biar aku berterus terang, Biarpun ada yang salahkan MITI dan Azmin, Biarpun aku akui Azmin itu menteri dan pemimpin paling tak guna.. Tetapi biarlah kita berlaku jujur, Tak perlu jadi Populis dan terlalu berpolitik..Jika Najib jadi PM..Jika PH jadi Kerajaan sekalipun, Tidak mungkin semua Industri akan ditutup..Itu Mustahill dalam Keadaan kewangan Kerajaan yang kritikal..Ia hanya akan membunuh Ekonomi..
Lockdown di UK dan Singapura pun tak tutup industri..masa PKP 1.0, banyak Kilang dan Industri dibuka, Cuma ketika tu Jangkitan masih terkawal, Tidak wujud jangkitan Sporadik dan tidak terkawal ditempat Kerja..
6- Sebelum ini aku menulis, Kita perlu kerajaan yang ada Kebijaksanaan baru..Aku berikan contoh bagaimana Jokowi ketika gelombang besar melanda Negaranya dia mampu gunakan kebijakan tersendiri mengawal wabak Covid-19 tanpa perlu Total Lockdown.
7- Di Indonesia, Kes tidak lah terlalu rendah, tetapi terkawal.. Jokowi berjaya mengubah kegagalan awal mereka dengan bergerak kepada strategi yang tepat dalam proses Vaksinasi mereka.. Dan akhirnya wabak itu terkawal..Indonesia lebih ramai para Kiyai dan Kelompok anti Vaksin.. Tetapi Pemimpinnya bijak merangka strategi..
8- Itu sebab sejak awal, Aku mencadangkan kepada PH, menolak Total Lockdown sebagaimana dicadangkan Najib dan mencadangkan Kebijaksanaan Baru memperkukuhkan sistem kesihatan dan pendekatan lebih sederhana..
Jika tidak kerana Total Lockdown pun, Kes dapat dilandaikan seperti hari ini secara bertahap.. Tindakan Kerajaan yang terpengaruh dengan Najib hanya membunuh Ekonomi Rakyat..Yang mati itu peniaga Kecil, Bukan Kapitalis..
9- Apa masalah sebenar kita hari ini ? Masalahnya cuma Kita ada Kerajaan dan Perdana Menteri yang gagal.. Tidak ada cara lain menyelamatkan Negara selain dari menukar kepimpinan Negara.. Masalah kita bukan soal Parlimen tidak dibuka, Atau Rakyat tak dapat Moratorium mahupun tak dapat I-Sinar 2.0.. Tetapi ia soal Kerajaan yang gagal..
10- Itu sebab sejak awal, Aku minta Ketepikan Soal Politik.. Ini bukan masanya nak bincang sapa layak jadi PM.. Parti mana sepatutnya menguasai Kerajaan, Jika Kerajaan hari ini kekal..Menjeritlah dalam parlimen setiap hari..Masalahnya tetap akan sama jika kita punya Menteri yang Jahat lagi Bodoh(Ruwibidhah),
Samada Muhaidin, Azmin, Ismail Sabri, Hishamuddin hatta Sebijak Khairy bagi aku mereka ini gagal.. pemimpin PAS itu tak perlu disebutkan lagi..
Wakjo, [11.06.21 22:49]
11- Tolonglah berfikir untuk Negara.. Selamatkan Rakyat, Ketepikan Perbezaan Politik.. Kalau tempoh 2 Minggu inipun sudah pasti membunuh Ekonomi Rakyat.. 2 Minggu lagi sambungan Lockdown ini, Akan membawa Bencana dan Malapetaka besar Kepada Rakyat...
12- Percayalah, Selepas ini kita akan lihat ramai yang akan dibuang Kerja..Banyak Syarikat sudah tidak mampu melunaskan Gaji Pekerja.. Tidak mampu membayar sewa.. Pengangguran akan bertambah..Pelabur luar sendiri akan sekali lagi meninggalkan negara..
Tak Guna I-Sinar atau Moratorium lagi pada waktu itu.. Boleh jadi Pegawai Bank Sendiri akan menganggur sebagaimana Kakitangan HSBC yg ditawarkan VSS dan MSS baru baru ini.. Mereka akan menarik keluar Pelaburan, mengecilkan Operasi..
13- Kali ini bukan lagi menyentuh soal rakyat mati akibat Covid-19.. tetapi kita akan lihat, Rakyat akan mati sebab tekanan dan ramai yang tak makan.. Bermuhasabahlah.. Ia bukan soal Lockdown lagi.. tetapi Kerajaan hari ini yang gagal, PM yang wajib Step Down!! :)
Ipohmali 11/06/2021
P/S BILA SORANG TUTUP KAWASAN,
SORANG BUKAK INDUSTRI,
BILA MAU KEBAH C-19 NIE..?
(SAMPAI 2023 & HERD COMMUNITY LAA GAMAKNYA)
DAH BOLEH BACA MAINAN HANGPA....
No comments:
Post a Comment