14 June, 2021

YDPA: WE WANT NEW PM V


RAJA – RAJA MELAYU 

– SUDAH SAMPAI MASANYA
Oleh : Tamrin Tun Ghafar

Jumaat – 11/06/2021 ( 1 – 22 )

1. Senikata lagu

P Ramlee ( Alfatehah ) ini ditujukan khas kepada Agong dengan harapan beliau sedar dan mempunyai sedikit simpati terhadap rakyat di bawah ini terutama PEJUANG barisan hadapan yang bermatian berjuang bagi menyelamatkan nyawa TERMASUK anggota polis dan tentera yang terpaksa mengharungi hujan, ribut dan panas matahari.

‘KU SANGKA
PANAS
HINGGA KE PETANG
RUPANYA
HUJAN
DI TENGAHARI’

Inilah nasib dan keadaan SEBENAR yang sedang dihadapi rakyat sejak Agong BERSETUJU darurat dilaksanakan.

2. Terus terang dinyatakan rakyat pada mulanya merasa AMAT LEGA apabila Raja – Raja Melayu MENOLAK permintaan Kerajaan PN pimpinan Mahaiddin Md. Yasin yang mahukan Perintah Darurat namun segala – galanya HAMBAR apabila Raja – Raja Melayu pada 11hb Januari 2021 membuat ‘U TURN’ BERSETUJU darurat dilaksanakan; MENGAPA Raja – Raja SANGGUP MELAKUKANNYA??


3. Alasan KONONNYA Perintah Darurat dengan PENGGANTUNGAN Parlimen sekaligus boleh mengawal penularan wabak COVID19 sebenarnya HANYA HELAH dan PENIPUAN Mahiaddin dan penasihat utama beliau, Hamzah dan SEMBURIT bagi 2 tujuan :

i. mengkekalkan
kuasa

ii. memudahkan
rompakan TANPA
PERLU menjawab
Di Parlimen, justeru
memperkenalkan
berbagai Akta
bodoh bagi
tujuan menakut
dan menutup
mulut rakyat.
 

4. Dengan selamba SEMBURIT TELAH BERBOHONG dan MENIPU rakyat kononnya ramai orang akan mati jika Kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir terus berkuasa sedangkan ketika itu TIDAK ADA sebarang kematian, dan dan jumlah yang dijangkiti kuman tersebut HANYA 22 orang sahaja BERBANDING dengan keadaan sekarang; apa pula ALASAN atau CERITA baru yang hendak dicanang – rakyat menunggu PENIPUAN pusingan kedua beliau !!

5. Seperti tulisan saya baru – baru ini :

‘SAMPAI BILA
AGONG NAK
MELINDUNG
MAHIADDIN’

dan

‘SUDAHKAH ANDA
SUNTIK ?’

oleh kerana Parlimen PUN digantung JUGA maka TIDAK BOLEH SALAHKAN rakyat ‘BERSIDANG’ di mana – mana saja temasuk di ladang getah dan di dalam teksi.

6. Kini bukan saja rakyat BENCI dan MELUAT dengan KEBODOHAN DAN KEGAGALAN KERAJAAN PN tapi mereka hairan, dan kini MENUNTUT JAWAPAN apakah Agong dan Raja – Raja Melayu tidak tahu atau tidak nampak apa yang dilakukan Mahiaddin dan Menterinya sehingga MEMBISU SERIBU BAHASA, BUKAN SAHAJA MEMECAT MALAH SANGGUP MELUTUT KEPADA KERAJAAN LEMAH DAN GAGAL INI ?

7. Sudah kedengaran cakap – cakap dan dakwaan kononnya Agong kini seperti ular yang sudah kenyang, akan ikut sahaja ‘TIUPAN SERULING’ yang dimainkan Mahiaddin?, ada pula mendakwa dengan gambar Mahiaddin memegang kad dengan ayat ‘I GOT KING’.

8. Yang lebih dashyat lagi dakwaan kononnya Agong telah dapat bayaran komisyen yang lumayan dari Raja Qatar bagi pembekalan vaksin COVID19 – saya harap tuduhan- tuduhan ini semuanya tidak betul.

9. Ada yang mempersoalkan MENGAPA SEHINGGA KINI Agong yang merupakan ‘TONGGAK’ Negara dan Rakyat TIDAK BERANI saman Clare Rewcastle Brown yang membongkar PEMBELIAN sebuah rumah di London dengan nilai RM350 juta dan kos penyelenggaran SETIAP BULAN pula kira-kira RM2 juta; tak salah Agong membeli rumah bernilai itu atau RM1 Billion sekali pun tapi rakyat nak tahu MENGAPA sehingga kini LHDN senyap saja; apakah Agong dikecualikan dari membayar cukai seperti rakyat biasa ? ; tambah mereka lagi kan Perlembagaan dan Undang – Undang MENGATASI segala – galanya TERMASUK Agong yang DILARANG BERNIAGA? atau ada 2 jenis Perlembagaan dan Undang – Undang; satu untuk rakyat dan satu untuk Agong ? Wallahualam !!!

10. KEBENCIAN DAN KEMARAHAN rakyat terhadap KERAJAAN BODOH DAN GAGAL pimpinan Mahiaddin ini sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dibetulkan lagi atau dalam bahasa Inggerisnya ‘ A Point Of No Return’.

11. Semoga Agong dan Raja – Raja dengarlah rayuan dan tangisan rakyat yang TIADA TEMPAT MENGGADU ; jangan memberi alasan itu dan ini.

12. Rakyat menunggu dan melihat di dalam hal ini SIAPA YANG LEBIH CERDIK DAN BERKUASA, Agong dan Raja – Raja atau Mahiaddin yang pengecut, bodoh dan gagal ini?

13. Saya gunakan istilah pengecut, bodoh dan gagal kerana BELUM PERNAH seorang SUSK Menteri apatah lagi Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri berbicara di hadapan TV bagi pihak
bossnya; MUSTAHIL seorang SUSK atau Ketua Setiausaha Sulit boleh berbuat demikian JIKA TIDAK DIARAH ; ini namanya :

BALING BATU
SEMBUNYI
TANGAN

14. Membandingkan MAGERAN 13 Mei 1969 dengan keadaan sekarang seperti langit dan bumi; yang sebenarnya Mahiaddin cuba MEMPERBODOH – BODOHKAN Agong dan Raja – Raja Melayu dengan harapan beliau boleh TERUS KEKAL DAN BOLEH TERUS MEROMPAK LAGI.

15. Semoga tempias KEGAGALAN Agong memecat malah terus MELINDUNGI Mahiaddin TIDAK TERKENA Raja – Raja Melayu yang lain.

16. Kisah Nabi Adam AS DIPECAT DARI SYURGA membuktikan barang siapa MUNGKIR JANJI SUMPAH DAN TIDAK AMANAH maka TINDAKAN TEGAS MESTI DILAKUKAN.

17. Kasih sayang rakyat terhadap Institusi Raja Berpelembagaan tidak boleh dipertikaikan namun pada masa sama rakyat PERLUKAN timbal balas yang seadilnya.

18. SEMOGA RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA.

19. Pesan datuk nenek kita :

JANGAN ROSAKKAN
SUSU SEBELANGA
SEMATA – MATA
KERANA
NILA YANG
SETITIK

JANGAN
HARAPKAN
PEGAR ,
PEGAR
MAKAN PADI

20. Semoga kata – kata terakhir Megat Seri Rama , Laksamana Bentan TIDAK AKAN BERULANG LAGI :

RAJA ADIL
RAJA DISEMBAH
RAJA ZALIM
RAJA DISANGGAH

21. Diharapkan TIDAK ADA SEBARANG PEMBOCORAN MAKLUMAT HASIL SOGOKAN terhadap mana – mana pegawai Istana Negara tentang segala perbincangan di antara Agong dan Ketua – Ketua Parti seperti mana dakwaan yang kononnya berlaku di Istana Selangor.

22. Diharap Agong dan Raja – Raja Melayu membaca dan meneliti tulisan saya ini dengan HATI TERBUKA.

Wassalam. Terima Kasih.

- TAMRIN TUN GHAFAR

No comments:

Post a Comment