24 August, 2013

Merdeka 56 Tahun

Kekalkan Keamanan Sejagat. Raikan Kemakmuran.
56 Tahun Merdeka Jiwa dan Raga...


20 August, 2013

Selamat Hari Merdeka 2013

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 56 Malaya.

 

Sematkan Semangat Pertiwi di Sanubari Warga Malaya...

17 August, 2013

Save Own Pocket...

Siri nasehat untuk rakan muda- Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta.

Saya nampak, antara kesilapan biasa graduan baru ialah terlalu gopoh nak beli kereta. Nak ada kereta sendiri! Barulah ada ‘style’ agaknya… Padahal, kalau dia tahu, lebih baik beli rumah sebelum beli kereta. Beli kereta hari ni, esok nilainya dah jatuh RM5,000! Tapi beli rumah hari ni, tahun depan harganya dah mahal.

Bagi saya, orang muda lebih baik kocek penuh berbanding hutang penuh. Biarlah kita bermotor kapcai, tapi kita tak perlu berinstallment untuk ‘dapatkan’ isteri. Lagi malang kalau anak dah nak masuk 3, 4, tapi isteri tu masih berstatus ‘installment’!. Saya benar-benar nampak, kaya atau sempit, silapnya pada kita sendiri salah mengurus duit. Ia bukan soal gaji besar atau gaji kecik. Orang gaji kecik boleh hidup senang, boleh beli itu ini secara TUNAI! Tapi orang bergaji besar semuanya beli nak pakai kad kredit dan nak beli cara installment! Orang macam tu, gaji sebesar mana sekalipun dia tetap akan rasa sempit!

Beli Bila Perlu, Bukan Ikut Mahu. Bukan salah beli kereta, tapi dari sudut keutamaan, ia antara keutamaan yang paling akhir kalau betul-betul nak jadi kaya. Saya beli kereta di saat-saat kami sangat PERLUKAN kereta. Kereta itu ialah TIARA the legend.Kalau setakat nak balik kampung, naik bas lagi senang untuk orang bujang. Duit petrol, dan duit tol tak berbaloi kalau setakat balik sorang diri. Itu belum kira kos maintenance, kos accident dan kos saman speed trap! Kalau setakat nak pergi kerja, baik naik motor jer lagi jimat. Jimat duit, jimat masa. Nak parking pun senang.

Berhati-hati Apabila Deal Dengan Salesman

Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda.Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini... awas... cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun...tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa.

Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik... Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900. Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini. Ok...anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta?

Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan.Interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463.Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250.Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar.

Berbalik kepada cerita salesman 'baik hati' yang bagi diskaun kepada anda tadi... dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa.... Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari.Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat.

Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama... tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses.

Kedua; Mesti tau kadar interest semasa.

Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta. Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun). RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080Jadi: RM40,000 (loan) +RM10,080 (keuntungan bank)------------RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulanJadi anda kena bayar RM463.00 sebulan.

Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah.

Kelima. Pastikan bayaran booking dan downpayment dibuat di showroom dan dapatkan resit yang original. Elakkan terima resit yang dibeli kat supermarket walaupun ada cop syarikat.Loan Kereta 2nd handAnda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli.

Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000. Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni... ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama.

Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je 'Paultan' blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerena harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira???? RM1720 untuk nilaian RM40000.

Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah. Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak...cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke..

Buanglah sikap biar papa asal bergaya.
Lebih baik belanja ikut saiz kerak dgn periuk.

p/s : jangan terpedaya pada mulut manis salesman. bak ibarat menanan tebu di tepi bibir.abis madu sepah di buang"

14 August, 2013

Surat TDM Kpd TAR revisit...

Surat Dr Mahathir masa Tunku lemah hadapi Cinabeng biadap

Batu 6, Titi Gajah,Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu.

Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces".

 Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu.

Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

BUY MUSLIM BUMIPUTERA PRODUCTS FIRST
BUY CHINESE KAFIRUN PRODUCTS LAST
WE CARE FOR OUR FUTURE. WE SHARE...


11 August, 2013

Salam Eid-Fitr 1434H

Salam Eid-Fitr to all Muslimin and muslimah.
Praise to Allah and practice moderations.

BUY MUSLIM BUMIPUTERA PRODUCTS FIRST
BUY CHINESE KAFIRUN PRODUCTS LAST...