Dirgahayu Tuanku dan
Selamatkan Malaysia, Tuanku
Oleh : Dr Nazmi Airil Osidea
Ampun Tuanku Agong. Moga Tuanku dirahmati Ilahi sempena Hari Keputeraan Tuanku dan Dirgahayu Tuanku dalam menjadi puncak pimpinan Malaysia. Moga Allah berikan kebijaksanaan dan rasa prihatin kepada Tuanku bagi nasib Malaysia.
1. Ampun Tuanku, Kapal Malaysia sedang hampir tenggelam. Muhyiddin hanya kapten kapal yang sesekali keluar dan membuat kenyataan sambil tersengih dan kemudian hilang. Kabinetnya hanyalah sekadar wujud. Mereka mendapat gaji lumayan setiap bulan tanpa perlu berbuat banyak kerja asalkan menyokong Muhyiddin.
2. Kerajaan Muhyiddin sudahpun runtuh apabila tiga ahli Parlimen UMNO menarik sokongan sejurus sebelum darurat diumumkan. Darurat yang diumum memberi nyawa kepada Muhyiddin. Menjelang Ogos, mereka mungkin akan memanjangkan darurat yang hakikatnya hanya untuk memanjangkan tempoh untuk mereka terus berkuasa.
3. Lantikan politik dalam 'scheme of things' hanya menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan peribadi tanpa memikir soal rakyat. Berapa isu yg berlaku sejak kebelakangan ini telah membuktikan .
4. Pemvaksinan juga khabarnya berlipat ganda harganya.Benarkah ada dakwaan konon nya berlaku kebocoran sehingga beratus juta ringgit dari pembelian vaksin. Kata orang, "It takes a crook to recognize another." Terdapat teramat banyak masalah dalam program vaksin sejak mula hingga kini.
5. MKN pula berubah-ubah dengan penguatkuasaan SOP yang tidakpun berkesan. Apabila PKP 2.0 dimulakan, dengan tiba-tiba kedai makan semua dibenarkan beroperasi. Ketua Pengarah Kesihatan kemudiannya memprotes dengan berhenti mengetuai sidang akhbar selama 65 hari.
6. Dengan PKP 3.0, MKN menutup pintu 'depan' tetapi Menteri MITi, Azmin Ali, membuka 'pintu belakang' seperti yang dikatakan oleh Ismail Sabri. Malah ratus ribu kenderaan lepas pemeriksaan polis dengan surat MITI. Muhyiddin diam dan buat tidak tahu.
7. Apa yang jelas, Muhyiddin hanya kapten kapal Malaysia yang muncul sesekali dan membuat 'perutusan' yang seronok sendiri tanpa membenarkan sebarang pertanyaan. Kali terakhir muncul, dia mengumumkan potongan (atau penangguhan gaji) selama tiga bulan. Tetapi ini hanya RM 22 ribu dari RM94 ribu yang diterima setiap bulan. RM 74 ribu masih masuk poket tanpa perlu bekerja.
8. Ampun Tuanku, Muhyiddin telah merosakkan nama Tuanku kerana ini adalah kerajaan Tuanku. Rakyat merana dan sengsara. Kabinet lembu kenyang Muhyiddin rata-rata tidak bekerja dan duduk sahaja hinggakan tidak dikenali siapa mereka. Lantikan politik oleh Muhyiddin pula merompak aset rakyat. Tentu Tuanku dapat melihat ini semua.
9. Tentu Tuanku tidak akan memejam mata dan menutup telinga dan membuat tindakan yang wajar. Kapten kapal Malaysia jika dibiarkan terus mengemudi Malaysia, hanya akan membawa Malaysia terbenam ke dasar laut. Malaysia akan terbenam, termasuklah Tuanku dan seluruh Raja-raja Melayu atas tiada tanggungjawab dan amanah oleh Muhyiddin dan seluruh kabinet lembu kenyangnya.
10. Dirgahayu Tuanku, bantulah betulkan dan letakkan Kapten Kapal yang berwibawa untuk Malaysia tidak tenggelam. Malaysia tidak boleh dibiarkan tenggelam. Dan hanya Tuanku dan Raja-raja Melayu dapat menyelamatkannya.
Ampun Tuanku.
No comments:
Post a Comment