01 September, 2021

YDPA: WE DESERVE BETTER PM TODAY (XXVI)

APA ERTI MERDEKA KE 64?

Dari kelohan hati Rafidah Aziz....
 
APA ERTI MERDEKA ...
Jika kita masih di kongkong sifat gelojoh, serta kuasa sentiasa direbut
Jika Urus tadbir berterusan kelam kabut
Dasar dan langkah sentiasa kabur serta serabut
Apa yang di buat tidak saperti di lafaz mulut
 
APA ERTI MERDEKA ...
Jika dari status yang dianggap sebagai Cemerlang olih Dunia,
Negara telah jatuh keanak tangga jauh dibawah sana
Negara terkenal ,tidak lagi kerana prestasi cemerlang yang dibanggakan,
Tetapi kerana perkara2 negatif ,janggal, dan memalukan
 
APA ERTI MERDEKA ...
Jika anak2 muda hanya ditinggalkan legasi korupsi dan kleptokrasi
Masa depan mereka kabur , belum jelas halatuju dan destinasi
Akan bertanya sentiasa, generasi ini..
Apakah sebenarnya, dan akhirnya, yang mereka akan warisi..
 
APA ERTI MERDEKA ...
Jika Negara berterusan diheret kehadapan,
Tanpa Kompas Negara yang jelas dan tepat ditentukan, arah dan haluan
Dalam suasana Global, yang penuh pembaharuan , Innovasi, dan cabaran
 
APA ERTI MERDEKA ...
Jika Politik terus toksik, dan berasas penting diri, bukan untuk Pembangunan ..
Jika Perpaduan Rakyat di nodai retorik perpecahan, berasas perbezaan ugama , kaum dan Keturunan ..
Jika undi untuk terus berkuasa , menjadi motif dan tujuan
 
APA ERTI MERDEKA...
Jika selepas enam dekad ,kita seolah2 balik ketakok sekian lama dahulu
Sebelum kita di anggap gagah, kompetitif dan cepat maju.
Sementara Negara2 jiran, yang juga menghadapi masaalah tertentu ,
Berupaya membuat perubahan2 haluan, dan menentukan halatuju baru.
TETAPI....
 
MERDEKA masih BERMAKNA , masih membawa erti bagi kita !
Jika KITA RAKYAT ,bersama2 mempastikan ,dan berusaha sentiasa ,
MENGIKIS unsur2 dan gejala berasaskan rakus ,tamak haloba kuasa
MENOLAK budaya sokongan politik transaksi jual beli , serta amalan semuanya perlu disogok...
Sehingga keadaan Kerajaan berada saperti telur dihujung tanduk
 
WAHAI RAKAN2 WARGA MALAYSIA..
BERSAMA2LAH KITA BERUSAHA..supaya dapat kita
MERDEKAKAN Masyarakat dan Negara kita...
Dari unsur2 yang hanya membawa kita berundur kebelakang.. Membawa masaalah, ganggugugat serta Kerosakan, 
 
KITA pastikan kita Merdeka dari Nilai2 perosak , yang hanya menjadikan kita sedih dan kecewa
Bersama2 kita mampu tentukan semula ,
Arah haluan Kompas Negara
Ditangan KITA RAKYAT, letaknya penentuan masa depan MALAYSIA tercinta
 
KITA RAKYAT bolih terus memenefaatkan KEMERDEKAAN Negara
 
KITA RAKYAT penentu apa bentuk, dan corak peninggalan Warisan kapada generasi selepas kita.
 
KITA RAKYAT berupaya mengubah, menukar , memperbetul haluan Masyarakat ,dan Negara
MENENTUKAN SETERUSNYA..
 
APA ERTI MERDEKA SEBENARNYA...
ADALAH TERPULANG KAPADA KITA ....
RAKYAT MALAYSIA
 

No comments:

Post a Comment