INILAH REALITI POLITIK MALAYSIA..
Bagaimana suasana, cuaca gelap diluar istana Negara.. Begitulah mungkin gambaran masa depan Negara..
Mahu atau tidak.. Kita perlu akur perlembagaan menetapkan PM mesti dipilih dari jumlah sokongan majoriti.. Itulah realiti Politik Negara, Akhirnya Kegagalan akan digantikan dengan kegagalan yang baru.. Tidak ada yang baru dalam kita menghadapi Pandemik Covid-19 dan krisis Ekonomi..
Itulah apa yang aku tulis pagi tadi tentang Realiti Politik dan tipudaya UMNO dalam Politik dan sejarah sokongan Pemberontak yang menbai'ah Ali... dan itulah yang aku tulis sebelum ini, UMNO mahu lakukan apa yang dilakukan di Perak.. dan akhirnya berlaku..
Sekuat mana Islah mahu dilakukan.. Apa yg perlu kita akui, Inilah Reality Politik Negara..Tebalnya sentimen Ashabiyah.. Semua MP parti hatta parti yang dikatakan membawa nama Islam lebih sanggup memilih keGagalan baru dari perubahan untuk Negara.. Sehingga tak larat berjalan pun sanggup turun naik bas semata mata jangan Ds Anwar berkuasa..
Begitu juga sang Penguasa, Sehebat mana gambaran dan ada cubaan kononnya mahu lakukan Islah.. Tetapi ramai dari kalangan mereka menolaknya, Perlembagaan mahukan mereka yg memiliki Majoriti dipilih PM.. Itulah yg dimiliki UMNO..dan itu yang dimahukan.. Jangan cuba melanggar Perlembagaan..
Apapun bertabahlah Rakyat Malaysia.. Inilah Realiti Politik Malaysia yang perlu kita fahami..Ini yang harus difahami Pemimpin Pakatan Harapan.. hanya dengan Masyarakat berilmu akan dapat angkat perubahan bukan dalam negara yg penuh dgn sentimen Ashabiyah.... Prosesnya masih panjang.. Apapun mungkin apa yg berlaku ada hikmahnya..
وَعَسَىٰٓ أَن تَكْرَهُوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّوا۟ شَيْـًٔا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ...
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui,"
(Surah Al-Baqarah: 216).
Ipohmali 20/08/2021
No comments:
Post a Comment