24 June, 2021

YDPA: WE WANT NEW PM (XI)

 
Beberapa tahun lepas saya pernah lihat kisah MatPet mati bila cuba curi kabel elektrik di substation TNB. Dia mati sebab dia ingat yang yang curi kabel elektrik tersebut sama macam curi kabel di eletrik lain di luar. Tapi bagi orang yang ada pengalaman, yang ada ilmu, paling kecik substation pun supply power sebanyak 6.6KV, ini bukan single phase yang masuk dekat rumah kita; kalau kena renjat 99.9% pasti akan ada temujanji dengan Tuhan.
 
Biasanya orang yang zalim ini, sama ada autokratik ataupun totalarisma ini, kerja-kerja jahat mereka akan di lakukan oleh penasihat atau orang-orang kepercayaan mereka. Jadi bila mereka buat satu undang-undang yang rigid, polisi yang mesra kapitalist, ordinan zalim dan tidak berpelembagaan, mereka tidak faham atau lihat apa implikasi tindakan mereka terhadap marhaen. Untuk memburukkan lagi keadaan, budaya bodek berleluasa. 
 
Jika yang di atas minta laporan, penasihat akan cover up kebenaran, dah pembantu pada penasihat tadi juga hendak nampak bagus dia akan cover up, sehinggalah yang berada di atas tadi hidup dalam kepompong dia sendiri dan ingat yang rakyat gembira dengan pemerintahan dia. 
 
Macam contoh KES ALTANTUYA, yang jadi kambing hitam adalah UTK, padahal sebab apa UTK tadi bunuh Altantuya sampai sekarang kita tak tahu. Orang yang zalim ini, mereka telah di butakan dari kebenaran sebab itu mereka terus menerus jadi zalim sebab mereka tak nampak implikasi tindakan mereka secara terus. Sebab itu Allah uji mereka dengan istidraj, bagi mereka lebih sombong dan angkuh tambahan pula dapat penasihat yang jahat tolong halalkan segala tindakan mereka. 
 
Dengan apa yang kita ada sekarang ini pun tiada bezanya. PM yang naik secara khianat, sudahlah tu b*doh pula memerintah. Ada mufti yang sepatutnya menasihati supaya tunaikan perjanjian, dia pula boleh bagi jaminan peribadi kata pengkhianatan ini mendapat rahmat. Ramai yang tegur Mutfi serba tahu yang benda itu salah, baik secara terang mahupun secara sembunyi, tapi dia istiqomah khianat pada ilmu.
 
Dengan amanah ilmu, Allah angkat dia, dengan ilmu juga Allah hina dia. Kini apa sahaja yang dia tulis dan sebut saling tak tumpah macam badut dalam rancangan raja lawak.
Allah persembahkan hasil apa yang dia jamin dahulu takala di dunia lagi. Mereka kesemuanya berantakkan. 
 
Dalam Bersatu sendiri mereka berpecah; Orang tua yang duk canang orang lain tak pandai jaga parti, dia sendiri kena tendang dari parti yang dia asaskan, dalam UMNO pun berpecah, even dalam parti maksum pun berpecah; semua gara-gara khianat pada perjanjian. 
 
Tup-tup dengar pula ada SD baru nak lantik PM yang lagi lemah dan khianat, gila berpolitik waktu negara tengah tenat; waktu rakyat banyak mati. Heli yang dia janji pun tak tahu mai bila, kapal order pun tak sampai, selamat dari dakwaan sebab ada orang bercita-cita berkuasa selamanya.
 
Saya dah acap kali tulis, kemelut ekonomi ini perlu kepimpinan yang segar, yang bebas dari cukong dan kepentingan peribadi. Kalau tukar PM yang mana calonya dari UMNO pun tetap sama sebab tidak Qawwi dan tidak Amin. Kini kita boleh lihat impak kemelesetan ekonomi di hadapan mata.
 
Berapa ramai yang dah tengok video seorang lelaki muda yang bunuh diri terjun dari aparment sebab perniagaan rugi? Itu yang sempat di rakam, yang tak sempat rakam berapa banyak? Belum masuk yang baru cuba hendak bunuh diri sebab kemurungan? Ada tak statistik dari menteri yang bertanggungjawab? Nak tanya kat mana kalau parlimen tutup? 
 
Dan mark my words, ini bukan kali terakhir akan ada kes murung dan bunuh diri, selagi kita masih dengan kepimpinan yang sama, jangan mimpi rahmat Allah akan turun pada orang berkhianat.
 
Bayangkan, full lockdown sudah hampir sebulan, kes masih di takuk yang sama, kadar positif tetap pada 6-7%, tapi kadar testing koi berkurang hanya sebab nak gembirakan orang atas? Apa punya kerja gila bermain dengan nyawa rakyat. 
 
Peniaga-peniaga kecil yang hanya menyumbang 0.8% dari kluster di suruh tutup tanpa bantuan, habis tu mereka nak makan apa? Tapi kilang sebab di punyai cukong bebas di buka walhal penyumbang utama kluster tiap-tiap hari. Anak bini peniaga kecil mereka nak bagi makan apa?
 
Pernah tengok anak menangis kelaparan, macam mana pressurenya nak bagi anak senyap? Kalau dah kosong barang dapur, nak senyapkan mereka dan sumbat mulut dengan apa? Contoh, kedai pakaian, alat tulis, komputer, kedai handset, perabut kalau tutup selama sebulan, macam mana mereka nak recover balik. Suruh rakyat berkorban, tapi kes masih sama sebab apa? Sebab yang membuat polisi itu tidak kompetan dan terputus dari realiti.
 
Paling sampah adalah parti agama, di datangkan segala dalil dari langit untuk pertahankan kerajaan khianat ini padahal dulu rancak mereka menjual cerita Saidina Umar tentang Amanah dan tanggungjawab. 
 
Diceritakan bahawa Umar pernah berkata kepada dirinya sendiri "Jikalau seekor anak kambing mati di pinggir sungai Furat (kerana kehausan akibat gagal sampai ke sungai Furat), sudah tentu aku takut Allah akan menghisab Umar kerana perkara tersebut." 
 
Tak lupa juga cerita pasal Saidina Umar sanggup mencari orang miskin dan lapar sampai boleh masakkan bubur gandum untuk ibu tunggal, cerita ini famous time nak lobi jadi calon dan tadah tabung milo, bila dapat jawatan semua pakat jadi syaitan bisu. 
 
Mereka ini semua selayakanya di jadikan bahan bakar sahaja kerana bukan sahaja berdusta atas nama agama, malahan rela pula menjadi benteng orang yang zalim.
 
Nampaknya taktik Mahiadin ialah cuba melengahkan-kan sidang parlimen dengan harapan kita akan dapat immuniti berkelompok lepas bulan November. Dan dia ingat dia akan buat PRU selepas bentang budget yang sudah pasti, another bloated budget yang tak tahu mana asal usul sumber pendapatan. Orang yang zalim ini tuan-tuan, mereka detach dari realiti. 
 
Dia tak steps down sebab tahu rangka dalam almari dan dengan bubar PRU dia ingat dia boleh dapat kuasa semula. Kalau dia bubar bulan November ini dan waktu itu Zahid masih lagi belum di penjara atau Mat Hassan masih lagi Timbalan, 3 penjuru sudah pasti. 
 
Kalau 3 penjuru, Bersatu dan PAS pasti akan bungkus. Sama ada PH atau BN menang itu nombor dua, yang penting kita akan dapat lihat calon-calon baru kluster Mahkamah dari mantan menteri PN ( termasuklah ex MP UMNO yang mesra Muhidin yang tak dapat watikah jadi calon sebab lawan Presiden). 
 
IT IS JUST DELAYING THE INEVITABLE.
JANJI ALLAH ITU PASTI.
 
MMMS

No comments:

Post a Comment