RAKYAT MALAYSIA BERNASIB MALANG
Rakyat Malaysia bernasib malang sejak selepas tiga orang perdana menteri memimpin negara ini; Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Hussein Onn. Seolah-olah kehadiran perdana menteri selepas era kepimpinan tiga tokoh itu sudah tidak memiliki karismatik lagi.
Perdana Menteri terkemudian, era 80-an tidak lagi berjiwa rakyat dan memiliki wisdom seperti mereka,;memiliki maruah dan harga diri yang tinggi sesuai dengan bangsa dari Timur. Mereka memimpin tanpa mempedulikan asal usul mereka. Gara-gara itu mereka seakan menyeksa dan mengsia-siakan mandat rakyat. Kalau pun terkecuali hanya Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri selepas era mereka juga tidak tahu malu dan bertindak sesuka hati. Mereka tidak peduli kepada kritikan dan pandangan daripada mana-mana pihak. Gara-gara itu mereka jadi seperti diktator yang menipu rakyat, jauh sekali berjiwa rakyat.
Paling menonjol dan mendukacitakan rakyat Malaysia apabila mereka tidak ada harga diri. Tidak tahu malu, bermuka tebal, setebal punggung kerbau balau dan menjadi kuasa sebagai mahligai kekuasaan. Apa yang orang lain kata langsung tidak diendahkan. Dan paling menyedih dan memalukan rakyat negara ini mereka juga tidak punya harga diri dan TIDAK TAHU MALU.
Contoh terbaik untuk melihat keburukan perangai perdana menteri selepas era 70an, berlaku kepada Najib Razak dalam isu 1MDB. Seluruh dunia memperkatakan skandal berkenaan yang dianggap jenayah terbedsar di dunia. Seluruh media masa antarabangsa menyiarkan isu berkenaan. Nama Malaysia hari-hari disebut dengan konotasi memalukan.
Skandal 1MDB bernilai lebih RM42 billion mengejutkan dunia, mengalahkan segala macam skandal didunia ini. Mengalahkan Amerika, China dan Russia. Perdana Menteri bertanggungjawab Najib Razak diasak agar meletakkan jawatan kerana skandal berkenaan. Tetapi beliau selamba sahaja, buat dak... macam lembu kenyang makan rumput kering atau palet gantung. Najib jadi macam lembu feedlot. Beliau tidak mengaku dan membela dirinya sebagai tidak bersalah.
Beliau terus berdalih cuba membela dirinya daripada dikenakan tindakan. Wang yang masuk ke sakutnya daripada penyelewengan itu didakwa ia derma daripada Raja Arab. Siapa yang tidak bercakap dan mengkritik Najib ketika itu. Bukan sahaja daripada pembangkang, tetapi dari dalam kerajaan dan partinya (Umno) sendiri juga mencemuhinya. Salah seorang yang mengkritik Najib adalah perdana menteri kini.
Ternyata usaha secara baik dan diplomasi tidak memberi bekas kepada Najib. Bahkan Najib seronok dengan apa dilakukan itu. Akhirnya, saat dan ketika sampai juga, Najib terhukum dengan perbuatan dan kedegilannya itu. Dalam Piraum ke-14 partinya kalah dan kerajaanya tumbang, beliau hilangan jawatan perdana menteri. Beliau menanggung azab sangsara daripada kekalahan dan perbuatannya itu sehingga diisytiharkan muflis.
Nah, hari ini, legasi buruk dilalui Najib itu sedang diikuti oleh Mahiadaan Md Yassin degan rapat. Mahiaddin kikir untuk mempeljarinya. Mahiaddin tidak kurang juga babil, degil dan keras kepala dan tebal muka seperti Najib sebelum ini. Kebencian rakyat kepada Mahiaddin bukan kerana perbuatan JAHAT dan KHIANATNYA merampas kerajaan PH, tetapi kerana kedegilan dan tebal mukanya dalam berhadapan dengan masalah hari ini, pandemik.
Kini hari-hari orang mengkritik, perli, ejek dan sumpah seranah kepadanya, tetapi Mahiaddin buat macam badak mengandung kembar sembilan sahaja. Dia tidak pedulikan apa yang dikatakan kepadanya. Nasihat, panduan tidak diendahkan, dia yakin dengan apa yang dilakukannya. Seolah-olah pandangan daripada luar sedikit pun tidak berguna dan dialpakan begitu sahaja. Beliau mengeksploitasikan sepenuhnya kuasa sebagai PM yang ada. Proklmasi darurat adalah contohnya.
Pandemik dihadapi Malaysia dan Mahiaddin sama dengan isu skandal 1MDB dihadapi oleh Najib dahulu. Kalau skandal 1MDB menjadi rekod penyelewengan terbesar negara, maka Covid hari ini meletakkan Malaysia di senarai teratas didunia. Darjah dan markah diraih Mahiaddin sama dengan Najib.
Wakjo, [18.06.21 02:52]
Rakyat sudah cemuh, letih, lengguh, fedup, serabut perut berhadapan dengan Mahiadddin dan telatah-telatahnya. Pihak pembangkang atau ahli politik, pakar ekonomi, sosial, kesihatan dalam dan di luar kerajaan juga sudah letih untuk memberi penjelasan dan cadangan alternatif kepada Mahiaddin untuk menghadapi pandemik, namun beliau tetap dengan sikap dan pendiriannya.
Mahiadddin tidak berganjak dan tidak ada rasa malu dengan apa yang berlaku hari ini. Air mukanya menunjukkan realiti itu. Cemuhan, cacian rakyat dilemparkan begitu sahaja. Paling malang lagi rakyat ditempelak hidup-hidup.
Gelagat dan sikap Mahiaddin menyebabkan rakyat kecewa dan sedih. Marah dan geram kepadanya. Mahiaddin akan terus dengan pendiriannya. Beliau tidak akan berganjak. Dia seperti ikan dalam tuar. Apa yang berlaku sekarang ini terserlah siapa dia Mahiaddin. Dia bukan kaleng-kaleng orangnya, seorang yang dilihat nekad melakukan apa yang dikehendakinya. Amarah Mahiaddin sebesar bukit Kaf.
Melihat hujung jatuh nasibnya, saya tidak nampak beliau akan menyerah kalah. Buatlah seribu nasihat dan sejuta rayuan dia tetap dengan caranya. Yang akan mengajar beliau nanti tidak lain dan tidak bukan hanya RAKYAT. Mahaiddin akan menghadapi nasib sama dengan Najib, PIIHANRAYA nanti akan menjadi lubang besar untuk mengambusnya.
Mahiaddin dan Najib mungkin seronok dengan permainan keji itu, tetapi yang malangnya rakyat negara ini. Doakan perdana menteri selepas ini jangan seperti Najib, Mahiaddin dan juga OT95. Trims.
Mohd Sayuti Omar II
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1559656704205070&id=100004822655567
No comments:
Post a Comment