MENGIMBAU SEJARAH.....
Iswardy Morni : Api Yang Membunga di Hati Rakyat.
.
Apabila saya mendengar berita yang peguam Iswardy Morni, yang merupakan ahli PKR di Sarawak ditahan pihak berkuasa diatas kesalahan "menghina" maka saya tidak terkejut sangat.
.
Memang begitu pun respon dari pihak berkuasa di Malaysia ini.
.
Namun mendengar leteran Saudara Iswardy Morni ini LAGI tidak membuatkan saya terkejut tambahan pula dengan keadaan sekarang ini.
.
Begini, mari kita patah balik ke zaman silam. Zaman dimana kita membaca sejarah Sultan dibunuh dan sebab apa mereka dibunuh.
.
Raja Bersiong (Sultan di Kedah) dibunuh oleh rakyat kerana perbuatannya yang menyembelih rakyat jelata demi nafsu makannya terhadap darah.
.
Oh, cerita Raja Bersiong ini mungkin cerita tauladan, atau cerita rakyat yang sukar di sahkan kesahihannya. Tiada masalah.
.
Mari kita renung cerita Sultan Mahmud yang mati dibunuh oleh Laksamana Bentan. Kematian Sultan Mahmud ini menyebabkan terputus terus keturunan Kesultanan Johor dari salasilah keturunan kesultanan Melaka.
.
Sebab pembunuhan? Sebab perintah sultan menyuruh dibelah perut isteri Laksamana Bentan untuk mengesahkan samada bayi didalam perut itu benar-benar mengidam buah nangka.
.
Kita kehadapan sedikit, kita lihat pula sejarah Indonesia.
.
Semua sultan yang menguasai bahagian pemerintahan di Sumatera, Indonesia dibunuh oleh ahli Parti Komunis Indonesia. Kisah paling menyedihkan adalah kisah kematian Sultan Langkat dimana anak perempuan sultan dirogol sebelum dibunuh.
.
Kenapa?
.
Kerana sultan-sultan ini diberitakan memberi sokongan kepada penjajah untuk terus-menerus menjajah Indonesia. Diberitakan juga yang sultan-sultan ini tidak langsung kisah akan rakyat asalkan hidup mereka dilimpahi nikmat dunia.
.
Adakah saya yang membaca sejarah ini, akan dilabel sebagai penderhaka Yang Dipertuan Agong dan Sultan di Malaysia?
.
Saya hanya membaca sejarah, dan daripada sejarah lah kita akan belajar bagaimana revolusi perubahan kepimpinan negara berlaku.
.
Jadi, persamaan apa yang sedang berlaku di Malaysia ketika ini jika kita ingin bandingkan dengan sejarah?
.
Yang paling dekat adalah peristiwa pembunuhan King Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette di Perancis pada tahun 1789.
.
Perancis pada tahun sebelum itu dilanda musibah yang amat malang dengan tanaman tidak menjadi, kelaparan berpanjangan dan harga barang keperluan meningkat.
.
Tapi itu tidak menghalang King Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette hidup senang lenang bermewahan walaupun Perancis dirundum dengan hutang.
.
Tak ada pasal, King Louis XVI boleh menyalurkan wang kepada revolusier Amerika sebagai modal perang untuk membebas dan memerdekakan diri dari kawalan British.
.
Untuk mengimbangi belanjawan negara yang boros, King Louis XVI mengenakan cukai tinggi bagi barangan yang masuk dari luar Perancis. Malah cukai tinggi juga dikenakan untuk barangan tempatan yang membawa kepada kenaikan harga.
.
Sudah tentu ini menyebabkan harga makanan naik, sehingga pekerja perlu membelanjakan 80% wang gaji hanya untuk makanan.
.
Sampaikan makanan ruji (roti) pun hampir ketiadaan di kedai. Apabila rakyat mengeluh kepada King Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette, jawapan yang diberikan oleh isteri Raja inilah yang meletupkan kemarahan rakyat Perancis yang akhirnya membawa kepada pembunuhan mereka berdua.
.
"Jika tiada roti, makanlah kek" - Marie Antoinette.
.
Malaysia dilihat sedang melalui apa yang sedang dilalui oleh rakyat Perancis tahun sebelum 1789.
.
Kegagalan membendung wabak ini disusuli pula dengan perbuatan sekejap PKP, sekejap PKPD, sekejap PKPB sekejap PKP sekejap Darurat sekejap nak lockdown membawa kepada malapetaka ekonomi Malaysia.
.
Pekerja mula kehilangan kerja, mereka kehilangan pendapatan.
.
Harga barangan mula makin mahal, susu Dutch Lady 1 2 3 yang dahulunya dijual pada rm20/1kg telah mula turun kepada rm20/900gm dan turun lagi kepada rm/850gm.
Wakjo, [31.05.21 19:37]
.
Minyak sawit yang dahulunya rm18/5kg telah mula mencapai rm33/5kg.
.
Tepung, gula, garam dan barangan asas hanya tunggu masa untuk turun serta naik.
.
Darurat ini membolehkan pemimpin khianat mengorek semua duit tabung, semua duit yang ada untuk berbelanja. Malah apa yang dibelanjakan pun rakyat tidak tahu.
.
Rakyat telah makin tertekan, terkesan dan terseksa.
.
Dan rakyat sangat-sangat mengharapkan agar YDPA berbuat sesuatu.
.
Tapi, tiada apa-apa.
.
Ya, tiada apa-apa kelihatan dari Istana Negara untuk membantu meredakan keadaan Malaysia yang semakin runcing umpama telur dihujung tanduk.
.
Sedikit demi sedikit rakyat mula bersuara, baru-baru ini kita melihat bagaimana Raja Permaisuri Agong ditegur secara lembut oleh nitezen Instagram selepas baginda menulis tentang bangganya baginda yang resepi Malaysia berada di menu restoran terkemuka Singapura.
.
Saudara Iswardy Morni ini adalah sekelumit rasa sedih yang sebenarnya mewakili hampir keseluruhan rakyat Malaysia yang terjejas terus akibat kegagalan kerajaan mengawal wabak.
.
Rasa sayang kepada YDPA ini sebenarnya makin tinggi, sebab itulah tidak kelihatan sangat marah. Namun, tanyalah kebanyakan rakyat, adalah mereka bersetuju dengan leteran Saudara Iswardy Morni?
.
Rata-ratanya, bersetuju!
.
Namun, rasa sayang ini akan terhakis jua sepertimana terhakisnya keupayaan rakyat untuk terus meneruskan kehidupan dikala kerajaan yang gagal mengurus wabak ini.
.
Percayalah cakap saya, jika kerajaan ini masih dibiarkan dipimpin oleh pemimpin khianat dan YDPA masih tidak mengambil sebarang pendirian, tunggu lah akibatnya.
.
Saya menulis dengan membandingkan sejarah silam. Dan saya hanya menceritakan berdasarkan sejarah silam.
.
Mungkin saya memetik sejarah terlalu lama kebelakang, tak apa, lihat sendiri bagaimana keadaan Thailand yang telah ada orang berani turun ke jalan raya memprotes raja mereka sendiri.
.
Sementara masih ada rasa sayang ini, pupuklah rasa ini agar ianya menebal. Ambillah pendirian tegas memberi amaran kepada pemimpin khianat yang sedang merosakkan Malaysia ini.
.
Jangan biarkan rasa sayang ini menipis dan terus menipis. Kerana manusia ini memiliki sifat yang sama.
.
Apabila terdesak, ia akan melawan
Apabila meletup, ia akan memberontak
.
Tapi apabila dia sayang, sanggup mati pun dia mahu. Itulah manusia.
.
Sekian dari saya.
ahmades.
CnP [31.05.21 19:37]
No comments:
Post a Comment