KERAJAAN MUHYIDDIN 10/06/2020 http://chedet.cc/?p=3086
1. Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin.
2. Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional.
3.
Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud. Tidak pernah diadakan
acara pelancaran parti ini. Tidak pernah didaftar Perikatan Nasional ini
di waktu Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Perdana Menteri Perikatan
Nasional.
4. Rakan dalam perikatan ini isytihar mereka bukan
anggota dalam kononnya gabungan Parti Perikatan Nasional. Mereka hanya
benar ahli mereka sokong Muhyiddin supaya hasrat Muhyiddin untuk
menjatuhkan Pakatan Harapan tercapai. Mereka tentukan jumlah wakil
rakyat yang sokong Muhyiddin mencukupi.
5. Sepatutnya Muhyiddin
dapat persetujuan Parti Bersatu sebelum dia sertai Perikatan Nasional.
Tidak ada rekod yang dia dapat persetujuan Mesyuarat Agong Bersatu atau
sekurang-kurangnya Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu. Tiba-tiba
dia isytihar dia menyertai Perikatan Nasional.
6. Berkenaan
dengan keluar dari Pakatan Harapan pun belum diputus secara muktamad.
Sebelum Pakatan Harapan dijatuh, Muhyiddin telah adakan majlis makan
malam di Sheraton dengan PAS dan UMNO.
7. Apabila saya sebagai
Pengerusi Bersatu tidak bersetuju dengan tindakannya menubuh
Kerajaannya, dia cuba adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu
yang sepatutnya dipengerusi oleh saya sebagai Pengerusi parti.
8.
Tiba-tiba Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Pengerusi Bersatu.
Perisytiharan ini tidak mengikut perlembagaan sama sekali. Dia bukan
Pengerusi atau memegang jawatan Pengerusi yang sah.
9. Untuk
mengada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi setiausaha kerja mengeluar
notis. Sepatutnya Setiausaha Agung (SUA) yang mengeluar notis selepas
mendapat arahan dari saya sebagai Pengerusi.
10. Untuk mesyuarat
Majlis Pimpinan Tertinggi ini Pengerusi dan Timbalan Presiden tidak
dijemput. Oleh itu mesyuarat terpaksa dibatal.
11. Untuk
mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi pada 4 Jun 2020, Muhyiddin lucut
keahlian Pengerusi, Timbalan Presiden dan beberapa ahli Majlis Pimpinan
Tertinggi yang tidak menyokongnya. Dia tidak berkuasa membuat demikian.
Sebaliknya ahli Majlis Pimpinan Tertinggi yang baru dilantik yang
menyokongnya. Perbuatan ini salah dari segi perlembagaan Bersatu. Oleh
itu mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi juga tidak sah.
12. Ketua-ketua Bahagian yang tidak menerima tawaran jawatan olehnya dipecat. Ini juga salah.
13.
Kemudian dilantik pengganti dari kalangan ketua-ketua dengan
tawaran-tawaran tertentu dan janji untuk memberi duit Kerajaan untuk
bantu rakyat melalui pengganti ini. Ini juga salah.
14. Untuk
Jemaah Menteri ramai dilantik jika terima tawaran darinya supaya sokong.
Calon ditanya “apa hendak” dan lantikan dibuat. Jika tidak ada jawatan,
cipta jawatan.
15. Hampir 2/3 dari ahli dewan yang menyokongnya
dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Yang lain dilantik untuk
jadi pengerusi syarikat dan institusi – termasuk mereka yang sedang
dihadap ke mahkamah kerana aneka jenis jenayah.
16. Inilah cara
Muhyiddin. Perlembagaan, aturan-peraturan, bahkan undang-undang tidak
diendah sama sekali. Tak hairanlah dia sanggup menerima dan bekerjasama
dengan pencuri, perasuah dan penyangak.
No comments:
Post a Comment