02 March, 2019

Urusharta Jemaah

Menyelamatkan TH: Rangkuman dan jawapan
ULASAN | Proses baik pulih Lembaga Tabung Haji (TH) sudah bermula, dengan pemindahan aset kurang untung dan ruginya berganti pegangan sukuk dan saham keutamaan boleh tebus - Islamik (RCPS-I) dari syarikat SPV khas, Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) yang mewakili kerajaan Malaysia. Walaupun proses itu bukanlah suatu yang ideal, ia tindakan paling sesuai buat masa ini bagi menyelamatkan TH dan agar TH boleh terus memberi hibah kepada kira-kira 9.3 juta pendepositnya.

Pengurusan TH juga bakal diperkukuhkan. Ini berita baik buat pendeposit dan seluruh umat Islam. Ada yang tidak sedar yang TH ibarat syurga simpanan buat orang kaya bimputera Muslim, tetapi urus tadbir yang lemah dan salah laku boleh memendekkan hayatnya.
Baca Lanjut

TH mula pindahkan ekuiti kepada SPV
Malaysia Gazette) – Lembaga Tabung Haji (TH) mula memindahkan aset daripada portfolio pelaburan ekuitinya kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn Bhd, sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semulanya. 
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TH bukan lagi menjadi pemegang saham utama dalam beberapa syarikat senaraian susulan pemindahan saham berkenaan, termasuk Malakoff Corporation Bhd (500 juta saham dipindahkan), UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) dan Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).

Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern & Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19 juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) and TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham)...
Baca Seterusnya

No comments:

Post a Comment