45. PROGRAM AFFILIATE
Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut.
Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil "affiliate".Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.
Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng"klik" pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan "perniagaan internet", dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.
Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan "downline" yang diperolehi.
Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memper*****kan anda dengan istilah "Affiliate Program" .
46. INTERNET MLM
Kini, Industri MLM "Multi-Level-Marketing" juga tidak ketinggalan untuk menggunakan internet sebagai sebuah medium pemasaran. Banyak syarikat-syarikat MLM yang telah mempunyai website mereka sendiri serta turut menyediakan kemudahan pejabat secara maya untuk kegunaan ahli-ahli mereka.Namun begitu, industri MLM pada masa kini sudah agak parah, ini kerana banyak syarikat-syarikat MLM telah dijangkiti oleh skim-skim piramid yang seringkali menggunakan "lesen AJL" untuk sesebuah syarikat MLM sebagai topeng mereka.
Komisyen yang sepatutnya dibayar berdasarkan "jualan produk" kini sudah ditukar dan dibayar berdasarkan "bilangan agen baru" yang dapat ditaja. Jadi, tidak hairanlah jika dilihat, mengapa penggiat-penggiat MLM masa kini, bermati-matian mencari ahli baru untuk di jadikan downline mereka daripada memasarkan & menjual produk-produk keluaran syarikat MLM itu sendiri.Ayat-ayat jualan yang sepatutnya menerangkan tentang keistimewaan produk seperti "Produk ini berkualiti! berkhasiat dan dijamin halal"
kini ditukar kepada "Jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat "maintain" bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!", "Hanya perlu daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!"Jadi, berhati-hati lah jika anda ingin menyertai mana-mana syarikat MLM di zaman ini, mempunyai "Lesen AJL" dari kementerian perdagangan sahaja belum mencukupi untuk membuktikan mereka adalah sebuah syarikat MLM yang tulen.
Ini kerana, banyak syarikat-syarikat MLM yang mengemukakan pelan pemasaran yang berbeza sewaktu mereka ingin memohon lesen dari kementerian. Selepas dapat lesen, lain pula pelan pemasarannya. Sebab itulah, anda boleh lihat, pelan pemasaran yang diterangkan di dalam ceramah-ceramah mereka amat berbeza sekali dengan pelan pemasaran yang tercatat di dalam booklet keahlian mereka.
47. PROGRAM RANDOMIZER
Ini pula satu program buat duit di internet yang menggabungkan "skim cepat kaya" & "program perjudian". Untuk membuat duit dari program ini, anda perlu "menderma" dan sekaligus mendaftar sebagai ahli mereka, dan kemudiannya, anda dikehendaki mencari rakan yang lain untuk turut "menderma" (menjadi mangsa) ke dalam program ini.Kepada siapa wang anda perlu di"derma"kan?
Pertama, kepada penganjur program tersebut, kedua.. kepada individu yang menjemput anda untuk menyertai program ini.. dan ketiga... kepada mana-mana ahli yang akan dipilih secara rawak oleh sistem. Ikut nasib... kalau nama anda terpilih, maka dapatlah duit.. kalau tidak.. cari lagi "mangsa" yang lain.
48. PROGRAM FORCED MATRIX
Ini pula skim piramid yang dijalankan di internet secara terang-terangan. Tetapi ramai yang tertipu dengan perkataan "forced matrix" yang digunakan, konon-kononnya, ianya adalah sebuah program yang canggih, maklumlah namanya pun sudah canggih. Hakikatnya, ianya adalah skim piramid. Di dalam program forced matrix ni, mangsa dikehendaki membayar duit sebagai ahli dan kemudiannya mencari 2-10 orang untuk dijadikan downline mereka.
Mereka akan menyusun 5 orang pada level 1 dibawah mereka, setelah lengkap level 1 dengan 5 orang mangsa, maka mangsa yang ke-6 akan diletakkan di level ke-2 pula, pada level kedua ini, mereka perlu mencari seramai 25 orang mangsa. Begitulah seterusnya, semakin banyak level, semakin banyaklah mangsa yang diperlukan. Apa yang ahli-ahli program forced matrix ini tidak sedar ialah, program ini sebenarnya akan menjadi tepu pada level yang ke-13, itu pun jika seluruh penduduk dunia menyertainya.
Tetapi, selalunya, ia akan tepu pada level yang ke 6 & 7. Mengapa? sebabnya.. tidak ramai orang-orang yang "*****" di internet yang mahu menyertai program-program seperti ini. Yang peliknya, mereka yang kurang bijak yang menyertai skim ini akan berkata "Tidak mengapa! Kita perlu berusaha dengan lebih kuat lagi mempromosikan program ini, insyallah... segala usaha kita akan berhasil!"... Usaha apanya? Program dah tepu... nak usaha apa lagi?
NOTA: "Selagi kita tidak bijak menggunakan otak, selagi itulah orang-orang yang suka mengambil peluang atas kelemahan orang-orang kita dengan ‘wang' menggunakan taktik tersebut tetapi menukarkan cara dan modus operandinya supaya kelihatan ‘halal'. Mudahnya mereka kaya sebab mudah sangat kita percaya!"
No comments:
Post a Comment