28 May, 2021

DUIT RAKYAT DIKENDURI

APA DAH JADI... 

GENG SAKAU MERAMPOK LAGI.

BACA LA SINI.. 

Dokumen Projek Syarikat Keluarga TajAR (Prasarana)

 

Peluang Kerjaya di Prasarana Malaysia Berhad - Pelbagai Jawatan -  JOBCARI.COM | JAWATAN KOSONG TERKINI

08 May, 2021

MABOK KUASA SEMENTARA

 

UJIAN ASID PERTAMA ACYRL SANI

Tamrin Tun Ghafar Sabtu – 08/05/2021
( 1 – 26 )

  1. Saya memohon maaf kerana TERPAKSA membuat komen ini tambah pula
    ianya dilakukan dalam Bulan Ramadhan
    Al Mubarak ini.
  2. Tahniah diucapkan kepada Acyrl Sani, Ketua Polis Negara yang menggantikan Hamid Bador mulai 3hb Mei 2021.

  3. Ada yang memberi pandangan mengapa Hamid HANYA BERANI mendedahkan KEPINCANGAN Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri di penghujung perkhidmatan beliau;
    tidak dilakukan sebelum ini.

  4. Ada pula suara yang mengatakan Hamid sepatutnya menggunakan saluran tertentu.

  5. Sebagai Anggota Kerajaan beliau TERHALANG dengan Akta Perkhidmatan Kerajaan yang TIDAK MEMBOLEHKAN beliau MENGKRITIK SECARA TERBUKA Menterinya sendiri.

  6. Hamid TELAH melakukan apa yang sepatut dilakukan oleh mana – mana kakitangan Kerajaan; beliau telah pun melaporkan HASRAT JAHAT Hamzah kepada Mahiaddin sebanyak 2 kali dan juga dengan Ketua Setiausaha Kerajaan atau KSN – itu adalah langkah dan contoh terbaik yang telah diambilnya.

  7. Hamzah ialah salah seorang pencatur atau mastermind RAMPASAN KUASA sehingga tertubuhnya KERAJAAN PINTU BELAKANG atau KERAJAAN TEBUK ATAP yang diketuai Mahiaddin Md. Yasin.

  8. Sikap Hamid mendedahkan secara terbuka KEPINCANGAN DAN SALAHLAKU Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan salah seorang penasihat Mahiaddin AMAT DIALU – ALUKAN.

  9. Apakah tujuan sebenar Hamzah beria – ia sangat MAHUKAN kuasa penuh atau
    ‘full control’ Perkhidmatan Polis, Wallahulam !!

  10. Oleh kerana tidak ada sebarang penjelasan maka berbagai cerita atau teori sedang berlegar dikalangan rakyat; ini semua dakwaan atay alegasi, justeru SIASATAN PENUH DAN RAPI PERLU DIADAKAN SEGERA.

i. Kononnya Hamzah mahu menggunakan polis khususnya Cawangan Khas atau Special Branch untuk menyenangkan beliau jadi orang nombor 1 negara akhirnya.

ii. Ada pula yang mengatakan mungkin beliau mahu menjadi ‘orang terkaya’ di Malaysia dengan MELINDUNGI penjenayah.

iii. Ada juga mengatakan salah seorang anak Hamzah terlibat dengan MACAU SCAM yang heboh diperkatakan, maka dengan kuasa yang dikehendaki itu bolehlah beliau MENUTUP aktiviti – aktiviti jahat itu.

  1. Sebenarnya Kabinet atau Pemerintah adalah PEMBUAT DASAR dan Pegawai Kerajaan adalah PELAKSANA sebarang dasar yang digubal oleh Pemerintah atau Kabinet; justeru adalah BERTENTANGAN dengan Perlembagaan jika ada campurtangan Pembuat Dasar dalam Pentadbiran Negara.
  2. SPRM, Polis dan Pejabat Peguam Negara atau AG Chambers BOLEH DAN MESTI bertindak terhadap segala penyelewengan kuasa dan amalan rasuah oleh sesiapa TERMASUK Perdana Menteri, apatah lagi Menteri dan Kakitangan Kerajaan.

  3. Apakah Acyrl BERANI bertindak tegas seperti Hamid atau beliau sanggup merela atau
    meredhakan dirinya dengan apa yang dikatakan Hamzah
    ” don’t worry he is ‘MY BOY’ ” dalam perbualan telefon yang diakuinya sendiri baru – baru ini ATAU yang lebih dashyat lagi menggambil kesempatan melakukan sendiri perkara – perkara yang bertentangan dengan undang – undang seperti melindungi penjenayah dan penyangak dan melakukan rasuah?

  4. Saya teringat Anwar Ibrahim dipenjarakan selama 5 tahun atas tuduhan mencampuri hal ehwal polis; justeru apakah bezanya tindakan yang dilakukan Hamzah?

  5. Ada 3 UJIAN ASID atau 3 ASID TEST bagi Acyrl, Ketua Polis Negara atau IGP yang baru ini iaitu MENYIASAT DAN MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS terhadap:

i. MAHIADDIN

Selain dari dakwaan hubungan seks beliau dengan Gee Siew Yee atau Nika Gee yang KETIKA ITU isteri kepada Dato Stanley Clement Augustin ( difahamkan Clement SUDAH PUN membuat Akuan Sumpah atau Statutory Declaration berhubung perkara tersebut ), terdapat pula dakwaan 2 orang anak kandung beliau TERLIBAT dengan ratusan juta wang IMDB; jika benar, ia satu penipuan yang tak boleh dimaafkan.

ii. AZMIN ALI

Pengakuan sendiri oleh Haziq Aziz seorang lelaki bahawa beliau TELAH melakukan hubungan seks sejenis atau lebih dikenali dengan perkataan SEMBURIT dengan Azmin, maka WAJIB polis bertindak membawa Azmin ke Mahkamah dan dipenjarakan; tambah pula telah disahkan kesahihan videonya oleh pakar – pakar penyelidikan di Laboratory di Amerika Syarikat, Indonesia dan beberapa buah negara maju yang lain.

Azmin kini sedang melakukan apa saja TEMASUK sanggup menyapu sebahagian ruang kecil Masjidil Haram di Mekah bagi MENUTUP kes SEMBURITnya itu.

iii. HAMZAH ZAINIUDDIN

Beranikah Acyrl mengambil tindakan undang – undang TERHADAP BOSSnya sendiri yang sudah terang MENCAMPURI hal ehwal Polis seperti tuduhan terhadap Anwar dahulu, dan menyiasat, dan jika didapati benar penglibatan salah seorang anak beliau dalam skandal MACAU SCAM, menghadapkan beliau juga ke Mahkamah.

  1. Apa pun akhirnya terserah kepada Mahiaddin yang gila kuasa dan Peguam Negara ; pilihlah antara Dunia dan Akhirat, antara Kuasa Dunia dan Kuasa ALLAH SWT – semoga amalan yang kita sedang lakukan MEMBERI KEINSAHFAN dan KEKUATAN DIRI.
  2. Selain dari apa yang telah disebut diatas , 9 orang Raja – Raja Melayu KHUSUSNYA Agong, jika mereka BERJIWA rakyat atau masih mempunyai belas kasih kepada rakyat BOLEH juga mengambil beberapa tindakan :

i. SERTA MERTA TARIK BALIK Perintah Darurat dan mengarahkan Parlimen bersidang semula seperti biasa.

ii. Jika tidak Tarik Balik Darurat, Majlis MAGERAN diwujudkan SERTA MERTA dengan melantik seorang Pentadbir atau Pengerusi bagi MEMULIHKAN ekonomi negara yang sedang menanggung hutang kira – kira RM1.3 trillion atau 89.2 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK ) seperti yang diumumkan Zafrul baru – baru ini, juga bagi mengatasi rata – rata kesusahan rakyat yang NAZAK ini.

iii. Mahiaddin , Hamzah dan Azmin DIREHATKAN sementara bagi segala siasatan dijalankan dengan rapi dan bebas hingga selesai TANPA sebaang gangguan dan campur tangan mereka yang disiasat.

  1. Sudah sampai masanya Raja – Raja Melayu TIDAK BOLEH LAGI berpeluk tubuh – inilh masanya mereka menggunakan kuasa yang diamanahkan demi rakyat dan negara.
  2. Diharap cakap – cakap kononnya Agong terlibat dengan pelbagai projek raksaksa hanya cakap – cakap kosong tanpa bukti saja.

  3. Hanya yang saya tidak boleh pertahankan ialah 2 persoalan :

i. MENGAPA sehingga kini Agong yang diiktiraf sebagai Lambang Negara dan Rakyat sehingga kini sunyi dan TIDAK BERANI menganmbil tindakan undang – undang sama ada di sini mahupun di London terhadap Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report yang MEMBONGKARKAN pembelian oleh Tengku Mahkota Pahang sebuah rumah di Kota London dengan harga RM350 juta dengan kos penyelenggaran sebanyak RM2 juta sebulan – tidak menjadi kesalahan membeli rumah atau apa – apa pun tetapi rakyat ingin tahu apakah TUDUHAN Clare itu benar dan jika benar dari mana punca pendapatan tersebut – adakah ianya juga dari Raja Arab?, dan jika hasil keuntungan syarikat, sudahkah Cukai Pendapatan dibayar seperti rakyat biasa.

ii. Apakah benar tuduhan mengatakan Agong mencadangkan sahabat baiknya, Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan?

  1. Rakyat memerlukan PENJELASAN agar segala keraguan dapat diredakan.
  2. Sebagai peringatan bersama :

TIADA RAKYAT
TIADA RAJA
TIADA RAJA
TIADA AGONG

  1. Semoga Agong yang diberi kesempatan tinggal di rumah besar dan indah yang digelar Istana Negara HASIL titik peluh rakyat selama mana beliau dilantik oleh 9 orang Raja – Raja Melayu akan juga MENDENGAR RINTIHAN DAN KELUHAN RAKYAT , bukan setakat mendengar atau menggunakan nasihat seorang yang BERKEPENTINGAN yang TIDAK ADA SOKONGAN MAJORITI Ahli Parlimen.
  2. Sabda Rasulullah SAW: Barang Siapa Di Antara Kamu Melihat Kemungkaran, Hendaklah Dia Mencegah Kemungkaran Itu Dengan Tangannya. Jika Tidak Mampu, Hendaklah Dengan Lisan Dan Jika Tidak Mampu Juga,!Hendaklah Mencegah Dengan Hati, Itulah Selembut – Lembut Iman ( Hadis Riwayat Muslim ).

  3. SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA dan SELAMAT MENYAMBUT ADIL FITRI.

  4. Diharap tulisan ini dibaca dengan hati terbuka oleh Agong, Raja – Raja Melayu dan Ketua Polis Negara.

Wassalam
Terima Kasih.