24 June, 2021

YDPA: WE WANT NEW PM (XI)

 
Beberapa tahun lepas saya pernah lihat kisah MatPet mati bila cuba curi kabel elektrik di substation TNB. Dia mati sebab dia ingat yang yang curi kabel elektrik tersebut sama macam curi kabel di eletrik lain di luar. Tapi bagi orang yang ada pengalaman, yang ada ilmu, paling kecik substation pun supply power sebanyak 6.6KV, ini bukan single phase yang masuk dekat rumah kita; kalau kena renjat 99.9% pasti akan ada temujanji dengan Tuhan.
 
Biasanya orang yang zalim ini, sama ada autokratik ataupun totalarisma ini, kerja-kerja jahat mereka akan di lakukan oleh penasihat atau orang-orang kepercayaan mereka. Jadi bila mereka buat satu undang-undang yang rigid, polisi yang mesra kapitalist, ordinan zalim dan tidak berpelembagaan, mereka tidak faham atau lihat apa implikasi tindakan mereka terhadap marhaen. Untuk memburukkan lagi keadaan, budaya bodek berleluasa. 
 
Jika yang di atas minta laporan, penasihat akan cover up kebenaran, dah pembantu pada penasihat tadi juga hendak nampak bagus dia akan cover up, sehinggalah yang berada di atas tadi hidup dalam kepompong dia sendiri dan ingat yang rakyat gembira dengan pemerintahan dia. 
 
Macam contoh KES ALTANTUYA, yang jadi kambing hitam adalah UTK, padahal sebab apa UTK tadi bunuh Altantuya sampai sekarang kita tak tahu. Orang yang zalim ini, mereka telah di butakan dari kebenaran sebab itu mereka terus menerus jadi zalim sebab mereka tak nampak implikasi tindakan mereka secara terus. Sebab itu Allah uji mereka dengan istidraj, bagi mereka lebih sombong dan angkuh tambahan pula dapat penasihat yang jahat tolong halalkan segala tindakan mereka. 
 
Dengan apa yang kita ada sekarang ini pun tiada bezanya. PM yang naik secara khianat, sudahlah tu b*doh pula memerintah. Ada mufti yang sepatutnya menasihati supaya tunaikan perjanjian, dia pula boleh bagi jaminan peribadi kata pengkhianatan ini mendapat rahmat. Ramai yang tegur Mutfi serba tahu yang benda itu salah, baik secara terang mahupun secara sembunyi, tapi dia istiqomah khianat pada ilmu.
 
Dengan amanah ilmu, Allah angkat dia, dengan ilmu juga Allah hina dia. Kini apa sahaja yang dia tulis dan sebut saling tak tumpah macam badut dalam rancangan raja lawak.
Allah persembahkan hasil apa yang dia jamin dahulu takala di dunia lagi. Mereka kesemuanya berantakkan. 
 
Dalam Bersatu sendiri mereka berpecah; Orang tua yang duk canang orang lain tak pandai jaga parti, dia sendiri kena tendang dari parti yang dia asaskan, dalam UMNO pun berpecah, even dalam parti maksum pun berpecah; semua gara-gara khianat pada perjanjian. 
 
Tup-tup dengar pula ada SD baru nak lantik PM yang lagi lemah dan khianat, gila berpolitik waktu negara tengah tenat; waktu rakyat banyak mati. Heli yang dia janji pun tak tahu mai bila, kapal order pun tak sampai, selamat dari dakwaan sebab ada orang bercita-cita berkuasa selamanya.
 
Saya dah acap kali tulis, kemelut ekonomi ini perlu kepimpinan yang segar, yang bebas dari cukong dan kepentingan peribadi. Kalau tukar PM yang mana calonya dari UMNO pun tetap sama sebab tidak Qawwi dan tidak Amin. Kini kita boleh lihat impak kemelesetan ekonomi di hadapan mata.
 
Berapa ramai yang dah tengok video seorang lelaki muda yang bunuh diri terjun dari aparment sebab perniagaan rugi? Itu yang sempat di rakam, yang tak sempat rakam berapa banyak? Belum masuk yang baru cuba hendak bunuh diri sebab kemurungan? Ada tak statistik dari menteri yang bertanggungjawab? Nak tanya kat mana kalau parlimen tutup? 
 
Dan mark my words, ini bukan kali terakhir akan ada kes murung dan bunuh diri, selagi kita masih dengan kepimpinan yang sama, jangan mimpi rahmat Allah akan turun pada orang berkhianat.
 
Bayangkan, full lockdown sudah hampir sebulan, kes masih di takuk yang sama, kadar positif tetap pada 6-7%, tapi kadar testing koi berkurang hanya sebab nak gembirakan orang atas? Apa punya kerja gila bermain dengan nyawa rakyat. 
 
Peniaga-peniaga kecil yang hanya menyumbang 0.8% dari kluster di suruh tutup tanpa bantuan, habis tu mereka nak makan apa? Tapi kilang sebab di punyai cukong bebas di buka walhal penyumbang utama kluster tiap-tiap hari. Anak bini peniaga kecil mereka nak bagi makan apa?
 
Pernah tengok anak menangis kelaparan, macam mana pressurenya nak bagi anak senyap? Kalau dah kosong barang dapur, nak senyapkan mereka dan sumbat mulut dengan apa? Contoh, kedai pakaian, alat tulis, komputer, kedai handset, perabut kalau tutup selama sebulan, macam mana mereka nak recover balik. Suruh rakyat berkorban, tapi kes masih sama sebab apa? Sebab yang membuat polisi itu tidak kompetan dan terputus dari realiti.
 
Paling sampah adalah parti agama, di datangkan segala dalil dari langit untuk pertahankan kerajaan khianat ini padahal dulu rancak mereka menjual cerita Saidina Umar tentang Amanah dan tanggungjawab. 
 
Diceritakan bahawa Umar pernah berkata kepada dirinya sendiri "Jikalau seekor anak kambing mati di pinggir sungai Furat (kerana kehausan akibat gagal sampai ke sungai Furat), sudah tentu aku takut Allah akan menghisab Umar kerana perkara tersebut." 
 
Tak lupa juga cerita pasal Saidina Umar sanggup mencari orang miskin dan lapar sampai boleh masakkan bubur gandum untuk ibu tunggal, cerita ini famous time nak lobi jadi calon dan tadah tabung milo, bila dapat jawatan semua pakat jadi syaitan bisu. 
 
Mereka ini semua selayakanya di jadikan bahan bakar sahaja kerana bukan sahaja berdusta atas nama agama, malahan rela pula menjadi benteng orang yang zalim.
 
Nampaknya taktik Mahiadin ialah cuba melengahkan-kan sidang parlimen dengan harapan kita akan dapat immuniti berkelompok lepas bulan November. Dan dia ingat dia akan buat PRU selepas bentang budget yang sudah pasti, another bloated budget yang tak tahu mana asal usul sumber pendapatan. Orang yang zalim ini tuan-tuan, mereka detach dari realiti. 
 
Dia tak steps down sebab tahu rangka dalam almari dan dengan bubar PRU dia ingat dia boleh dapat kuasa semula. Kalau dia bubar bulan November ini dan waktu itu Zahid masih lagi belum di penjara atau Mat Hassan masih lagi Timbalan, 3 penjuru sudah pasti. 
 
Kalau 3 penjuru, Bersatu dan PAS pasti akan bungkus. Sama ada PH atau BN menang itu nombor dua, yang penting kita akan dapat lihat calon-calon baru kluster Mahkamah dari mantan menteri PN ( termasuklah ex MP UMNO yang mesra Muhidin yang tak dapat watikah jadi calon sebab lawan Presiden). 
 
IT IS JUST DELAYING THE INEVITABLE.
JANJI ALLAH ITU PASTI.
 
MMMS

23 June, 2021

AWAS; INI ANCAMAN GENERASI BARU ...

TETAMU TAK DIUNDANG, BAKAL MENGANCAM HAK RAKYAT MALAYSIA PADA MASA HADAPAN. BACA SINI

FAEC1354-08EC-4546-AB91-046D6A499C7C

20 June, 2021

YDPA: WE WANT NE W PM (X)

SEWAKTU DARURAT, AGONG BUKAN SAJA BOLEH PANGGIL PARLIMEN BERSIDANG, MALAH BOLEH JUGA PECAT PM - ZAID IBRAHIM

Kerajaan PN bernasib baik kerana mereka masih lagi memerintah kerajaan, walaupun tidak menentu hala tuju. Mereka bernasib baik kerana Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah lembut dan sabar orangnya.

Dalam masa darurat (dan di mana Parlimen tidak bersidang) Ordinan Darurat yang ada sekarang memberi kuasa penuh kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Baginda boleh panggil Parlimen bersidang esok atau lusa. Baginda boleh pecat Perdana Menteri dan baginda boleh pecat Speaker dan sebagainya. Itulah luasnya kuasa YDPA semasa darurat.

Prinsip Raja Berperlembagaan di mana YDPA mesti mengikut nasihat Perdana Menteri di bawah Artikel 40 Perlembagaan itu tidak boleh digunapakai semasa darurat kerana Seksyen 14 Ordinan Darurat memberi kuasa penuh kepada YDPA, dalam segala hal demi menyelesaikan masalah negara.

Ordinan Darurat memberi kuasa kepada YDPA untuk melakukan apa saja walaupun bercanggah dengan prinsip dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan selagi Parlimen tidak bersidang untuk mengubah ordinan tersebut.

Perdana Menteri (dan penasihat beliau) mungkin merasakan, jika mereka memberi kuasa penuh kepada YDPA melalui Ordinan Darurat, mereka boleh mengambil kesempatan berselindung di belakang kuasa YDPA. Mereka akan berkata, “YDPA mesti ikut nasihat kami”, kerana itulah lazimnya prinsip Raja Berperlembagaan.

Mereka tidak menyangka prinsip biasa tidak laku dalam masa darurat. YDPA dan Raja-Raja Melayu juga ada pendirian sendiri dan tidak mahu jadi pak turut.

Mereka salah perkiraan mengenai undang-undang darurat yang mereka sendiri gubal. Ordinan Darurat yang ada sekarang memberi kuasa penuh kepada YDPA.

Jadi, isu baginda perlu mengambil nasihat Perdana Menteri sebelum mengambil apa-apa tindakan itu tidak timbul. Kecuali Parlimen bersidang dan mengubah Perkara 14 Ordinan Darurat sekarang.

PM kita “wants the cake and eat it”, kata orang Inggeris. Beliau mahu darurat yang memberi kuasa mutlak kepada YDPA dengan harapan nasihat beliau sentiasa diikuti oleh baginda.

Itulah sebab orang tua-tua bercerita, “pandai-pandai tupai melompat, jatuh juga ke tanah”.

Krisis yang ada sekatan boleh diselesai dengan mudah. YDPA boleh memanggil Perdana Menteri mengadap dan memberitahu beliau jawatannya sebagai Perdana Menteri akan gugur pada 1 Julai 2021. YDPA juga boleh namakan penggantinya dengan serta merta.

YDPA juga boleh arahkan Parlimen bersidang untuk memilih Perdana Menteri baharu, jika itulah yang difikirkan terbaik.

Notis 28 hari untuk Parlimen bersidang tidak perlu diikuti kerana kita dalam darurat dan segala keputusan YDPA adalah sah semasa darurat, termasuk isu notis mesyuarat dan ianya tidak boleh dicabar.


DATUK ZAID IBRAHIM
Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. 19/06/2021

 

18 June, 2021

YDPA WE WANT NEW PM (IX)

RAKYAT MALAYSIA BERNASIB MALANG

Rakyat Malaysia bernasib malang sejak selepas tiga orang perdana menteri memimpin negara ini; Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Hussein Onn. Seolah-olah kehadiran perdana menteri selepas era kepimpinan tiga tokoh itu sudah tidak memiliki karismatik lagi.

Perdana Menteri terkemudian, era 80-an tidak lagi berjiwa rakyat dan memiliki wisdom seperti mereka,;memiliki maruah dan harga diri yang tinggi sesuai dengan bangsa dari Timur. Mereka memimpin tanpa mempedulikan asal usul mereka. Gara-gara itu mereka seakan menyeksa dan mengsia-siakan mandat rakyat. Kalau pun terkecuali hanya Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri selepas era mereka juga tidak tahu malu dan bertindak sesuka hati.  Mereka tidak peduli kepada kritikan dan pandangan daripada mana-mana pihak. Gara-gara itu mereka jadi seperti diktator yang menipu rakyat, jauh sekali berjiwa rakyat.

Paling menonjol dan mendukacitakan rakyat Malaysia apabila mereka tidak ada harga diri. Tidak tahu malu, bermuka tebal, setebal punggung kerbau balau dan menjadi kuasa sebagai mahligai kekuasaan. Apa yang orang lain kata langsung tidak diendahkan. Dan paling menyedih dan memalukan rakyat negara ini mereka juga tidak punya harga diri dan TIDAK TAHU MALU.

Contoh terbaik untuk melihat keburukan perangai perdana menteri selepas era 70an, berlaku kepada Najib Razak dalam isu 1MDB. Seluruh dunia memperkatakan skandal berkenaan yang dianggap jenayah terbedsar di dunia. Seluruh media masa antarabangsa menyiarkan isu berkenaan. Nama Malaysia hari-hari disebut dengan konotasi memalukan.  

Skandal 1MDB bernilai lebih RM42 billion mengejutkan dunia, mengalahkan segala macam skandal didunia ini. Mengalahkan Amerika, China dan Russia. Perdana Menteri bertanggungjawab Najib Razak diasak agar meletakkan jawatan kerana skandal berkenaan. Tetapi beliau selamba sahaja, buat dak... macam lembu kenyang makan rumput kering atau palet gantung. Najib jadi macam lembu feedlot.  Beliau tidak mengaku dan membela dirinya sebagai tidak bersalah.

Beliau terus berdalih cuba membela dirinya daripada dikenakan tindakan. Wang yang masuk ke sakutnya daripada penyelewengan itu didakwa ia derma daripada Raja Arab. Siapa yang tidak bercakap dan mengkritik Najib ketika itu. Bukan sahaja daripada pembangkang, tetapi dari dalam kerajaan dan partinya (Umno) sendiri juga mencemuhinya. Salah seorang yang mengkritik Najib adalah perdana menteri kini.

Ternyata usaha secara baik dan diplomasi tidak memberi bekas kepada Najib. Bahkan Najib seronok dengan apa dilakukan itu. Akhirnya, saat dan ketika sampai juga, Najib terhukum dengan perbuatan dan kedegilannya itu. Dalam Piraum ke-14 partinya kalah dan kerajaanya tumbang, beliau hilangan jawatan perdana menteri. Beliau menanggung azab sangsara daripada kekalahan dan perbuatannya itu sehingga diisytiharkan muflis.

Nah, hari ini, legasi buruk dilalui Najib itu sedang diikuti oleh Mahiadaan Md Yassin degan rapat. Mahiaddin kikir untuk mempeljarinya. Mahiaddin tidak kurang juga babil, degil dan keras kepala dan tebal muka seperti Najib sebelum ini. Kebencian rakyat kepada Mahiaddin bukan kerana perbuatan JAHAT dan KHIANATNYA merampas kerajaan PH, tetapi kerana kedegilan dan tebal mukanya dalam berhadapan dengan masalah hari ini, pandemik.

Kini hari-hari orang mengkritik, perli, ejek dan sumpah seranah kepadanya, tetapi Mahiaddin buat macam badak mengandung kembar sembilan sahaja. Dia tidak pedulikan apa yang dikatakan kepadanya. Nasihat, panduan tidak diendahkan, dia yakin dengan apa yang dilakukannya. Seolah-olah pandangan daripada luar sedikit pun tidak berguna dan dialpakan begitu sahaja. Beliau mengeksploitasikan sepenuhnya kuasa sebagai PM yang ada. Proklmasi darurat adalah contohnya.

Pandemik dihadapi Malaysia dan Mahiaddin sama dengan isu skandal 1MDB dihadapi oleh Najib dahulu. Kalau skandal 1MDB menjadi rekod penyelewengan terbesar negara, maka Covid hari ini meletakkan Malaysia di senarai teratas didunia. Darjah dan markah diraih Mahiaddin sama dengan Najib.

Wakjo, [18.06.21 02:52]
Rakyat sudah cemuh, letih, lengguh, fedup, serabut perut berhadapan dengan Mahiadddin dan telatah-telatahnya. Pihak pembangkang atau ahli politik, pakar ekonomi, sosial, kesihatan dalam dan di luar kerajaan juga sudah letih untuk memberi penjelasan dan cadangan alternatif kepada Mahiaddin untuk menghadapi pandemik, namun beliau tetap dengan sikap dan pendiriannya.

Mahiadddin tidak berganjak dan tidak ada rasa malu dengan apa yang berlaku hari ini. Air mukanya menunjukkan realiti itu. Cemuhan, cacian rakyat dilemparkan begitu sahaja. Paling malang lagi rakyat ditempelak hidup-hidup.

Gelagat dan sikap Mahiaddin menyebabkan rakyat kecewa dan sedih. Marah dan geram kepadanya. Mahiaddin akan terus dengan pendiriannya. Beliau tidak akan berganjak. Dia seperti ikan dalam tuar. Apa yang berlaku sekarang ini terserlah siapa dia Mahiaddin. Dia bukan kaleng-kaleng orangnya, seorang yang dilihat nekad melakukan apa yang dikehendakinya.  Amarah Mahiaddin sebesar bukit Kaf.

Melihat hujung jatuh nasibnya, saya tidak nampak beliau akan menyerah kalah. Buatlah seribu nasihat dan sejuta rayuan dia tetap dengan caranya. Yang akan mengajar beliau nanti tidak lain dan tidak bukan hanya RAKYAT. Mahaiddin akan menghadapi nasib sama dengan Najib, PIIHANRAYA nanti akan menjadi lubang besar untuk mengambusnya.

Mahiaddin dan Najib mungkin seronok dengan permainan keji itu, tetapi yang malangnya rakyat negara ini. Doakan perdana menteri selepas ini jangan seperti Najib, Mahiaddin dan juga OT95.  Trims.

 

Mohd Sayuti Omar II
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1559656704205070&id=100004822655567


17 June, 2021

YDPA: WE WANT NEW PM NOW (VIII)

AMPUN TUANKU!! TITAH KEPADA YANG HIDUP, TALKIN KEPADA KERAJAAN YANG MATI.

1. GERAK menjungjung kasih ke bawah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu diatas keperihatinan serta sikap dan tindakan SEGERA Duli Duli Tuanku.

2. Ianya selari dengan apa yang GERAK dan rakyat jelata lain suarakan agar tindakan SEGERA diambil bagi selamatkan negara daripada kemelut terburuk sejak Merdeka.

3. Malangnya kerajaan ini TIDAK ADA sikap dan tindakan SEGERA (Sense of Urgency) kerana kerajaan ini kerajaan yang mati malah tidak pernah hidup.

4. Kerajaan ini terdiri daripada mereka yang mencuri, menipu, merasuah dan menjual prinsip (melacur) untuk mendapatkan kuasa. Makanya tidak pernah ada ROH sebagai sebuah kerajaan.KERAJAAN INI TIDAK PERNAH HIDUP!

5. Lihatlah jawapan Menteri yang jaga hal ehwal Parlimen menjawab titah Tuanku agar Parlimen bersidang segera. Langsung tidak ada sense of urgency! Sebab dia tidak pernah HIDUP sebagai Menteri. Dia hidup sebagai pencuri kuasa yang setiap hari menjaga harta rampasannya!

6. Selama inipun adakah kita melihat dan merasai kerajaan ini hidup?

PERDANA MENTERI - Bekerja pun setengah hari. Sidang Akhbar dan soal jawab terbuka langsung tak ada. Menipu sepanjang masa. Terbaru, Pelan Pemulihan ternyata tipu. Mulanya umum sedang rangka pelan dan ambil masa beberapa minggu. Tiba-tiba 2 hari slps itu dia umumkan. Sehari sebelum Majlis Raja Raja bersidang. Itu bukan Pelan Pemulihan selamatkan rakyat. Itu Pelan selamatkan diri sendiri!

MENTERI PERTAHANAN - Jaga keselamatan dan SOP Pandemik. Jaga pintu depan sahaja.Pintu belakang bolos merintih di Media Sosial. Ini rupa menteri jaga keselamatan?

Penjaga reban ayam pun tahu erti JAGA maknanya jaga semua pintu dengan tegas dan tidak sekali-kali kompromi soal keselamatan.

MENTERI KESIHATAN - Siapa Menteri? Tanya rakyat mereka lebih tahu Ketua Pengarah Kesihatan daripada Menteri!

MENTERI KEWANGAN - Yang jaga Kementerian Kewangan itu Menteri atau CEO Bank?

MENTERI -MENTERI lain ? - Langsung batang hidup tak nampak, makan gaji buta

Oh ada MENTERI JAGA VAKSIN - Lihatlah bila Menteri yang jaga vaksin, apakah Rakyat rasa lebih selamat?

Jawapannya Rakyat tidak rasa lebih selamat,  baik soal kesihatan maupun ekonomi kerana kerajaan ini tidak berfungsi. Kerajaan ini tidak pernah hidup. Yang terus mentadbir dan mengurus adalah pegawai-pegawai kerajaan!

7. Hakikatnya, kerajaan ini tidak pernah hidup. Kerajaan ini telah mati. Kerajaan ini tidak akan ada sense of urgency walaupun  rakyat semakin ramai mati!

8. TITAH DIRAJA wajib dijunjung!   Tetapi Titah tidak akan dijunjung oleh sebuah kerajaan yang mati. Kerajaan ini tidak akan menjunjung titah Tuanku. Kerajaan ini sepatutnya di TALKINKAN bukan di TITAH.

9. Ampun Tuanku, makanya kami hamba rakyat khususnya dari GERAK memohon agar DYMM lakukan sesuatu yang lebih luarbiasa untuk menamatkan kerajaan yang gagal ini. Krisis luarbiasa menuntut tindakan luarbiasa.

10. Kami percaya rakyat akan bersama Tuanku dalam membuat keputusan sukar ini. Kami juga yakin dan percaya Tuanku punya kebijaksaan bertindak sesuai peruntukan kuasa yang ada didalam Perlembagaan Negara walaupun mungkin tidak pernah dilakukan sebelum ini.

11. Terlibat paling penting, perutusan daripada MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU melambangkan satu keputusan tegas, peduli rakyat dan tiada tolak ansur dalam soal kestabilan kerajaan, salahguna kuasa. Amat jelas dan menyakinkan, Majlis Raja-Raja Melayu akan terus bersama DYMM Tuanku Agong dalam membuat keputusan tegas dan adil buat rakyat.

Ampun Tuanku, kami patik hamba rakyat memohon talkinkan sahaja kerajaan yang mati ini dengan PM dan semua jemaah Menteri berundur SEGERA!

DAULAT TUANKU!!

Mohamad Ezam Mohd Nor
Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia
GERAK
17Jun 2021, 6 Zulkaedah 1442H.

16 June, 2021

YDPA WE MUST HAVE NEW PM NOW (VII)

1. MRRM scheduled to meet at 2.30pm, Wednesday 16/06/2021.

2. All Malaysian last hope from MRRM:

a. Sacked midin cabinet immediately.

b. Form Caretaker Government asap leads by DSAI for max. 24 mths.

c. Open parliament now for check n balance.

d. Implement massive vaccination up to 500k daily until 90% done.

e. Hold PRU in q3/2023.

3. Daulat Tuanku.

15 June, 2021

YDPA WE WANT NEW PM VI

SELUROH MALAYSIA KENA KINCIN 

BERPULOH-PULOH TAHUN.

APA MAKNANYA INI..???

 

No photo description available. 

MASIH BOLEH PAKAI KA INI ORANG...?